Thursday, January 29, 2009

Jom Tengok Upin & Ipin dan Kawan2 di TV9



Kepada semua peminat setia Upin & Ipin jangan lupa menyaksikan siri baru Upin & Ipin yang bakal menemui peminat bermula pada bulan Februari ini. Episod kali ini akan menampilkan kisah hidup seharian Upin & Ipin bersama kawan-kawan mereka yang pasti mencuit hati. Jangan lupa tontoni gelagat mereka bermula 2 Februari 2009 hanya di TV9.

Berikut ialah jadual tayangan siri Upin & Ipin:

Isnin : Episod 1 (7:00 malam)
Selasa : Episod 2 (7:00 malam)
Rabu : Episod 3 (7:00 malam)
Khamis : Episod 1 (Ulangan) (7:00 malam)
Jumaat : Episod 2 (Ulangan) (7:00 malam)
Sabtu : Episod 3 (Ulangan) (7:30 malam)
Ahad : Episod 1 + Episod 2 + Episod 3 (7.00mlm - 7:30 malam)

(episod yang lain akan mengikut konsep ini pada setiap minggu)

Jangan lupa tengok tau...ajak semua tengok.Best dan pasti mencuit hati. BETUL.BETUL.BETUL.


Monday, January 19, 2009

Aksi2 comel anak mama





Ni gambar2 anak mama yang sempat mama masukkan.Afiq ni suka bergambar,kalau nampak camera mesti akan senyum sampai nampak gigi. Pastu mulalah sebut "nak" sbb dia nak main camera tu.Ish mana boleh,nanti rosak,x dapat ambik gambar afiq dah.
Afiq:"for my love afiq aiman, ketahuilah hadirnya anak mama dalam hidup mama,bertambah ceria kehidupan mama dan papa.Moga afiq jadi anak yang soleh dan ingat ibu bapa selalu".

Takutnya...



Ni gambar masa afiq nak cucuk 3 bulan.Selalunya afiq cucuk kat tempat dia lahir poliklinik Umra.Afiq ni kalau cucuk mesti tak nangis.Relax je dia.Mama dan Papa plak takut. Baguslah anak mama kan lelaki...mesti kena kuat semangat.Psss..."jangan jadi macam papa,penakut.he.he..jangan marah ye pa, gurau aje".(tapi betul).
Afiq: "asalnya mama tak pandai buat blog ni.Tapi mama cuba untuk hasilkan satu blog yang boleh afiq baca suatu hari nanti".

Sunday, January 18, 2009

Sedapnya tido..


Bestnya anak mama tido. Ni masa afiq Aiman umur 3 hari dan 1 bulan.Aik?? semua pose tido ke.Ha.ha.masa tu jelah baby dok diam.So mama boleh ambik gambar baby.Gambar sebelah afiq tido dalam buai.Afiq ni memang x boleh tinggalkan buai kesayangan dia ni.Mana nak pergi mesti kena bawa buai ni.Kalau tak,dia x akan tido.Pastu kena ayun buai lama2 baru tido.Pastu mama dulu yang tido baru baby tido.zzzzzzzzzzzz...

Friday, January 16, 2009



Ehsan ambik berkat...bila lagi tu nak kawin


Ha,ni gambar masa staff Les'Copaque Production datang melawat.Tq very much coz sudi melawat.Walaupun sibuk,tapi masih boleh lawat k.ijan and baby.

Afiq Aiman


Permata pertama hatiku..Afiq Aiman Lahir pada 6hb August 2007 pada 9.45 malam.Selama 9 bulan menunggu kelahirannya...akhirnya penantian berakhir.Sayang...mama sangat gembira....