Tuesday, April 7, 2009

Hepi Birthday Day My Lovely Son - 1Year

Happy Birthday my love...Tanggal 6hb Ogos 2008 Genap setahun Usia Afiq Aiman dan genap setahun juga Afiq bersama mama dan papa menjalani kehidupan bersama-sama. First birthday mama sambut kat ofis mama.Celebrate dengan kawan-kawan mama.Best coz diaorg sentiasa happy if ada jamuan makan-makan.He.he...Masa mula2 nak potong kek,kawan-kawan mama menyanyikan lagu birthday untuk Afiq “Happy Birthday to you,Happy Birthday to you, Happy Birthday to afiq Aiman,Happy Birthday to you”.Tapi kesian,Afiq nangis,bukan sebab terharu.he.he.tapi sebab takut coz suara kawan-kawan mama kuat sangat.Coz ramai sangat staff.he.he.Tapi party tetap diteruskan,Afiq memotong cake.Bestnya chocolate cake.nyum2.Kawan-kawan mama pun menjamu selera juadah yang disediakan.Thanks a lot my friends sudi datang ke party birthday Afiq Aiman and thanks coz bagi hadiah utk Afiq Aiman.


Nah,sila ambik satu sorang cupcake ok.Jangan malu2

Afiq Aiman Tengok Filem "Geng"



Dah lama mama x post blog ni.Banyak perkara mama nak cerita pasal Afiq.Firstly story about Afiq gi tengok wayang Filem “Geng: Pengembaraan Bermula”. Ini kali pertama Afiq masuk wayang.Ha.ha.Kecik2 mama dah bawa tengok wayang.First time masuk dalam panggung tu,afiq dah peluk mama kuat2,takut coz suasana gelap.Afiq diam jek dan pegang baju mama kuat2.Still rasa takut lagi.After 10 minute, Filem Geng dah start.Masa tu bulat mata Afiq tgk screen punyalah besar.Ha.ha.ha.And then,bertambah terkejutlah lagi Afiq bila dengar sound kuar giler.Mama pun terkejut.Tapi cover dengan anak.Ha.ha.ha.Start citer mula sampai akhir Afiq diam jek tengok citer tu.Khusyuk sangat,sampaikan basah2 baju berpeluh.(takut kot).Tapi yang best bila Upin Ipin keluar.Afiq sebut “pin,pin”.Afiq kenal dengan 2 watak comel yang sentiasa dia tengok kat TV.Betul..Betul..Betul..


Afiq andAbg Faliq... Mama and the gengs

Wednesday, February 11, 2009

NOW SHOWING..."GENG:PENGEMBARAAN BERMULA"




To all peminat fanatik "upin & Ipin" anda boleh saksikan aksi si kembar ini di dalam Filem "Geng Pengembaraan Bermula"di pawagam seluruh Malaysia.Datang beramai-ramai,jangan lepaskan peluang anda.

Join with us!!Ni schedule GENG Road Tour.Anda boleh datang beramai2.Bawak family,rakan taulan,anak sedara,pakcik makcik atau sesiapa saja.JOOOOM>>>>>>>>

Wednesday, February 4, 2009

JOM TENGOK FILEM GENG: PENGEMBARAAN BERMULA


Kepada kawan2 yang baca blog saya ni..beri perhatian..he.he. Filem Animasi Pertama Malaysia bertajuk "Geng: Pengembaraan Bermula" akan di tayangkan di seluruh pawagam di MALAYSIA bermula 12 Februari 2009. Sesiapa yang meminati Tv Series "Upin & Ipin" sila bawa kawan2, anak,isteri,suami atau sesiapa jelah datang tengok. Anda pasti berpuas hati dan nak tengok lagi.Best gilerrrr....Betul.Betul.Betul.

Thursday, January 29, 2009

Jom Tengok Upin & Ipin dan Kawan2 di TV9



Kepada semua peminat setia Upin & Ipin jangan lupa menyaksikan siri baru Upin & Ipin yang bakal menemui peminat bermula pada bulan Februari ini. Episod kali ini akan menampilkan kisah hidup seharian Upin & Ipin bersama kawan-kawan mereka yang pasti mencuit hati. Jangan lupa tontoni gelagat mereka bermula 2 Februari 2009 hanya di TV9.

Berikut ialah jadual tayangan siri Upin & Ipin:

Isnin : Episod 1 (7:00 malam)
Selasa : Episod 2 (7:00 malam)
Rabu : Episod 3 (7:00 malam)
Khamis : Episod 1 (Ulangan) (7:00 malam)
Jumaat : Episod 2 (Ulangan) (7:00 malam)
Sabtu : Episod 3 (Ulangan) (7:30 malam)
Ahad : Episod 1 + Episod 2 + Episod 3 (7.00mlm - 7:30 malam)

(episod yang lain akan mengikut konsep ini pada setiap minggu)

Jangan lupa tengok tau...ajak semua tengok.Best dan pasti mencuit hati. BETUL.BETUL.BETUL.


Monday, January 19, 2009